Ucapan Merdeka dan Sambutan Awal Muharram Pengarah PPT

photo6285085988430653699 Sambutan kemerdekaan Malaysia ke-62 pada tahun 2019 ini diraikan secara berturutan dengan sambutan Ma'al Hijrah 1441H yang jatuh pada 1 September 2019. Dengan masuknya 1 Muharram 1441H, ia bermakna kita melangkah ke tahun hijrah yang baru. Umur kita bertambah, tanggungjawab bertambah dan tentunya semangat kita semakin meningkat untuk mencari kecemerlangan dunia akhirat serta mengejar redha Allah SWT. Seharusnya sebelum kita melangkah untuk berhijrah, merdekakanlah diri dan pemikiran kita daripada semua nilai negatif agar kita mampu berhijrah daripada baik kepada cemerlang; berani berubah, menjadi insan hebat, selalu berada di barisan hadapan, berani menerajui perubahan dan melakukan inovasi. Insan hebat adalah yang memiliki amanah dan integriti yang tinggi dipandu pegangan akidah yang kuat dan yakin bahawa Allah SWT melihat apa yang kita buat. Kita harus mengambil iktibar daripada semua kisah silam yang merugikan umat Islam dengan bergerak terus ke depan demi kesatuan Ummah. Sesuai dengan tema Maal Hijrah 1441H, Menyantuni Ummah Membawa Berkat, saya berdoa agar kita sama-sama mengambil peluang berada di gelanggang komuniti terutama bagi mereka yang memerlukan kita demi mencari redha dan keberkatan Ilahi. Cintai Ummah bermakna kita mencintai tanah air kita yang tercinta. Akhir kata, saya suka memetik kata-kata seorang ilmuan 'Mampukah kita mencintai Tanah Air, jika kepada Pencipta tanah dan air itupun kita belum cinta?' Renungkanlah!
Selamat Hari Merdeka ke-62 dan Salam Maal Hijrah 1441H.

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG