Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan

photo6312125208445692041

Pusat Pengajian Teras (PPT) telah menyumbang bakti khidmat komuniti dengan menghantar 10 orang pelajar yang mengikuti kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum Universiti (MPU) di bawah subjek Hubungan Etnik untuk menyertai aktiviti perkhemahan unit beruniform tahunan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SKKGB). Sumbangan khidmat komuniti yang diberikan adalah untuk membantu guru-guru sekolah dalam mencungkil semula hasil keberkesanan aktiviti kokurikulum yang telah dipraktikkan dalam Unit Beruniform. Program perkhemahan tersebut telah di adakan pada 25 sehingga 26 April 2019 bertempat di Padang Sekolah SKKGB. Antara aktiviti penglibatan pelajar UniSZA selaku fasilitator termasuklah membantu mendirikan khemah, pertandingan merentas halangan, melatih pelajar SKKGB untuk pertandingan kawad kaki, kerohanian dan kembara malam. Peranan yang dimainkan oleh pelajar UniSZA banyak membantu guru-guru dalam membimbing pelajar -pelajar tahun 6 di SKKGB untuk berdikari, mempamerkan jati diri, kepimpinan dan kebolehan mereka dalam penyertaan aktiviti dan pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan. Aktiviti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SKKGB dengan pelajar UniSZA selain memupuk nilai-nilai yang baik dan semangat kerjasama sesama mereka.

  • IMG

  • IMG

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG