Wacana Murabbi ; Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia

photo6312125208445692038

Tanggal 20 Februari 2019 bertempat di Dewan Al- Muktafi- Billah Shah (DABS), UniSZA Kampus Gong Badak telah diadakan program Wacana Murabbi; Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia. Program ini merupakan program Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) dengan kerjasama antara Pusat Pengajian Teras (PPT) dan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Seramai 1000 orang pelajar dari kampus Gong Badak dan Besut yang mengambil subjek Mata Pelajaran Pengajian Umum Universiti (MPU) iaitu Asas Pembudayaan Keusahawana (APK), Hubungan Etnik, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Moral dan Etika telah menyertai program ini. Melalui program Wacana Murabbi ini, mahasiswa telah diberikan pendedahan ilmu pengetahuan berkaitan isu semasa antaranya adalah kesedaran mengenai kepentingan perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu, pelajar juga turut disuntikkan dengan pelbagai ilmu yang dapat membimbing serta membentuk pelajar ke arah generasi Rabbani dan seterusnya memperkasakan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UniSZA. Selain pelajar, program ini turut melibatkan penyertaan komuniti luar kampus yang terdiri daripada badan-badan NGO. Ustaz Hj.Nik Omar bin Hj. Nik Abdul Aziz telah diberikan penghargaan bagi memperjelaskan isu Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia untuk meningkatkan kefahaman dalam mendepani isu perpaduan dalam dunia semasa.

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG