Profile Jabatan Pengajian Ilmu Wahyu Dan Pemikiran Islam

Pengenalan

Pusat Pengajian Ilmu Wahyu dan Pemikiran Islam (PPIWPI) ditubuhkan pada tahun 2016 berikutan penubuhan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL). Sebelum FUPL dinaik taraf daripada Pusat Penataran Ilmu (PPI) menjadi sebuah fakulti, PPIWPI ini dikenali sebagai Unit Kerohanian. PPIWPI berperanan menawarkan kursus-kursus teras universiti yang merangkumi kursus wajib bagi semua pelajar program Ijazah Sarjana Muda, program Diploma dan program Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA. Matlamat pusat pengajian ini adalah untuk memastikan pelajar yang bergraduat dari UniSZA dibekalkan dengan kemantapan ilmu agama, rohani dan akhlak dan seterusnya melahirkan pelajar yang berketerampilan moral tinggi, berwibawa, berintegriti dan kesejagatan  sesuai dengan slogan UniSZA iaitu ‘Ilmu dan Akhlak’.

Kursus Yang Ditawarkan

Diploma

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

MPU23012 Akidah dan Akhlak
MPU23032 Fiqh Ibadat
MPU23042 Perbandingan Agama I (Pelajar Bukan Islam)
MPU23050 Tajwid Al-Quran

Ijazah Sarjana Muda

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

MPU33012 Ilmu Wahyu dan Sains
MPU 33032 Ilmu Wahu dan Kemasyarakatan
MPU 33042 Perbandingan Agama II (Pelajar Bukan Islam)

Asasi Sains dan Perubatan

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

MPU 13032 Pengenalan Fiqh Ibadah
MPU 13012 Pengenalan Aqidah dan Akhlak