Profile Jabatan Pengajian Malaysia, Kemasyarakatan Dan Keusahawanan

Pengenalan

Pusat Pengajian Malaysia, Kemasyarakatan dan Keusahawanan (PPMKK) ditubuhkan pada tahun 2016 berikutan dengan penubuhan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL). Sebelum FUPL dinaik taraf daripada Pusat Penataran Ilmu (PPI) menjadi sebuah fakulti, PPMKK dikenali sebagai Unit Pengajian Kenegaraan. PPMKK berperanan menawarkan kursus-kursus teras universiti yang merangkumi kursus wajib bagi semua pelajar program Ijazah Sarjana Muda, program Diploma dan program Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA. Matlamat pusat pengajian ini adalah untuk memastikan pelajar yang bergraduat dari UniSZA dibekalkan dengan kemantapan ilmu kenegaraan, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Moral Etika dan Keusahawanan. Seterusnya akan melahirkan pelajar yang berketerampilan moral tinggi, berwibawa, berintegriti dan kesejagatan  sesuai dengan slogan UniSZA iaitu ‘Ilmu dan Akhlak’.

Kursus Yang Ditawarkan

Diploma

KOD KURSUS BARU

NAMA KURSUS

MPU23022

Moral Dan Etika I (Pelajar Bukan Islam)

MPU23060

Etiket Sosial Dan Penampilan Diri (Pelajar Bukan Islam)

MPU21012

Kenegaraan Dan Kemasyarakatan

Ijazah

KOD KURSUS BARU

NAMA KURSUS

MPU31022

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

MPU31012

Hubungan Etnik

MPU31032

Malaysian Studies (Pelajar Antarabangsa)

MPU33022

Moral Dan Etika II (Pelajar Bukan Islam)

MPU33060

Protokol Dan Pengurusan Majlis Rasmi (Pelajar Bukan Islam)

MPU32092

Asas Pembudayaan Keusahawanan