Kunjungan Delegasi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa)

Pada 11 hingga 12 September 2019, pihak Pusat Pengajian Teras (PPT) telah menerima kehadiran delegasi dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Delegasi seramai 12 orang telah diketuai oleh Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, seorang Timbalan Dekan Pelajar, 3 orang Pegawai Kementerian dan 8 orang mahasiswa. Rombongan tersebut telah sampai ke Terengganu pada 10 September 2019


Kehadiran delegasi tersebut ke UniSZA adalah bertujuan untuk menghadiri satu seminar Pendidikan Bahasa Arab Serantau kali ke-3, anjuran UniSZA-UNISSZA-KUPU SB bermula pada 11 hingga 12 September 2019. Mengambil kesempatan kehadiran delegasi tersebut, PPT telah menjemput mereka untuk berada bersama pengurusan Pusat Pengajian Teras untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai perjanjian persefahaman yang akan ditandatangani. Perbincangan ini adalah menjurus kepada perancangan ke arah mengadakan satu Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua-dua universiti.


Pada 11 September 2019, delegasi tersebut diberi penerangan keseteraan yang ada pada kedua-dua universiti. Daripada perbincangan tersebut, dilihat banyak kesamaan yang ada boleh untuk kedua-dua universiti mengadakan Memorandum Perjanjian (MoA). Delegasi tersebut turut dibawa ke Perpustakaan UniSZA bagi melihat kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar.


Menerusi lawatan delegasi ini perbincangan ke arah pelaksanaan MoA antara kedua-dua institusi telah diputuskan untuk diberi tumpuan ke arah penyelidikan dan mobiliti.


Menerusi lawatan ini, satu rangka kerja ke arah mengadakan ikatan menerusi MoA antara kedua-dua institusi. Ikatan MoA akan menjadi pemangkin kecemerlangan UniSZA dari sudut penyelidikan, penerbitan dan program mobiliti dengan institusi antarabangsa.

unissa 1unissa 2

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG