Program Funtastic English Di Sekolah Kebangsaan Banggo Peradong, Manir

Pada 9 Oktober 2019, pihak Pusat Pengajian Teras (PPT) telah mengadakan program Funtastic English bersama dengan Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Manir (SKPB). Program ini melibatkan sembilan (9) orang guru bahasa Inggeris dan 80 orang murid pasca UPSR 2019.


Bagi memenuhi idea universiti komuniti, pihak PPT telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti Bahasa Inggeris bersama murid pasca UPSR pada tahun 2019 selepas mendapat jemputan daripada pihak sekolah. Aktiviti Bahasa Inggeris ini diharapkan dapat menambahkan keyakinan peserta dalam berbahasa Inggeris dan seterusnya membantu mereka menguasai frasa dan perbualan harian yang mudah.


Fasilitator yang terdiri daripada guru bahasa Inggeris di PPT telah disambut dengan mesra oleh para guru di SKBP, terutamanya Puan Khamsiah binti Mohd selaku wakil kepada guru-guru bahasa Inggeris bagi tahun enam. Seterusnya majlis perasmian diadakan secara ringkas dengan ucapan aluan oleh Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) SKBP Encik Che Mazlizan bin Hashim dan ucapan perasmian oleh wakil guru bahasa PPT, Puan Raja Noor Syuhaida Raja Yahya. Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan dan diteruskan dengan pembentangan hasil aktiviti yang telah dilaksanakan oleh para peserta. Hadiah turut diberikan kepada semua kumpulan yang ada berasarkan pencapaian mengikut kategori yang telah ditetapkan. Program ini berakhir tepat jam 1.15 petang seperti yang dirancangkan.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang berdasarkan tahap umum peserta telah memberikan satu impak yang besar kepada para peserta dan guru-guru di SKBP secara keseluruhannya. Mereka amat berpuashati dengan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh para guru bahasa dan amat berbangga dengan penglibatan murid-murid mereka sehingga ke akhir program tersebut.


Menerusi aktivti ini, PPT secara khusunya, dan UniSZA secara amnya telah memberi satu impak kepada komuniti setempat dalam perlaksaan CSR mereka bagi tahun 2019 dan ianya memberi ruang kepada generasi baru untuk mengenal UniSZA dengan lebih dekat dan seterusnya menjadi sebahagian daripada warga UniSZA satu hari nanti.

134652

  • IMG

  • IMG

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG