Program Karnival Keusahawanan Digital Unisza Sem 1 2019/2020 Siri I

Pada 23 dan 24 Oktober 2019, Pusat Pengajian Teras (PPT) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah melancarkan Program Karnival Keusahawanan Digital bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS). Program ini dilancarkan bertujuan memperkenalkan ilmu keusahawan digital di kalangan pelajar Asas Pembudayaan Keusahawanan bagi meningkatkan keyakinan menggunakan Internet sebagai medium utama pemasaran. Program ini melibatkan seramai 216 orang pelajar yang mengambil subjek Asas Pembudayaan Keusahawanan (MPU 32092).

Di samping itu, program ini diadakan dengan matlamat untuk meningkatkan ketrampilan dan kebolehpasaran pelajar menerusi penguasaan kemahiran pembelajaran abad ke-21 serta penguasaan kemahiran keusahawanan bagi memastikan mahasiswa kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (MPU32092) mendapat kesedaran dan pengalaman pembelajaran keusahawanan semasa pengajian di Universiti.

Karnival Keusahawanan Digital telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Y.Bhg. Professor Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh pada 23 Oktober 2019. Aktiviti utama program ini merupakan jualan produk oleh pelajar-pelajar Asas Pembudayaan Keusahawanan yang berlangsung selama dua hari, 23-24 Oktober 2019. Sebanyak 50 gerai jualan yang menjual pelbagai jenis produk seperti produk minuman (Teh Ais Freddo, Cendol Durian Ketagih, Ayaq Besaq Penumbuk dan Ais Blended), makanan (Nasi Arab, choco rice, sambal daging, kek coklat, biskut red velvet, bomboloni, brownies dan nasi kimchi), produk kecantikan (Mask dan pencuci muka) dan pakaian (tudung, sarung tangan, sarung kaki, stokin dan preloved). Semasa karnival berlangsung, setiap gerai mestilah mempamerkan Facebook page dan Instagram perniagaan mereka bertujuan utk memperkenalkan perniagaan online kepada pelanggan-pelanggan yang berkujung ke gerai-gerai mereka.
Di samping itu, bagi memeriahkan lagi Karnival Keusahawanan Digital, pertandingan gerai tercantik dan FB page like tertinggi turut diadakan. Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Bagi kategori gerai tercantik, 6 gerai jualan tercantik dan 6 gerai FB page like tertinggi dari 50 gerai telah berjaya membawa pulang hamper bernilai RM 1000.

Program Karnival Keusahawanan Digital 2019 ini telah berjaya dijalankan dengan lancar tanpa banyak masalah yang dihadapi. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Program ini memberikan pelbagai impak kepada pelajar antaranya memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menyiapkan diri secara holistik, meningkatkan peluang mahasiswa untuk memulakan langkah sebagai usahawan siswa, mengkomersialkan produk disamping meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar menggunakan Internet sebagai medium utama pemasaran.

Berdasarkan kejayaan Karnival Keusahawanan Digital yang telah diadakan pada tahun ini, diaharapkan ianya mampu menjadi satu titik tolak dalam meningkatkan keterlibatan pelajar dalam pengalaman pembelajaran bermakna dari aspek kognitif, tingkah laku dan/atau afektif. Tambahan pula, ia dapat memberi pengalaman berniaga, malahan pelajar turut menimba sedikit pengetahuan dalam perniagaan.

sp9

  • IMG

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG